ENG version

10 kebaikan kenapa Susu Dutch Lady selalu menjadi pilihan!

Memang sukar untuk memikirkan akan minuman yang amat berkhasiat seperti segelas susu Dutch Lady. Bagaimanapun, kita sering lupa betapa pentingnya sumber-sumber vitamin dan mineral yang ada di dalamnya.

Jadi, teruskan membaca untuk memahami dengan lebih lanjut lagi akan 10 kebaikan kenapa susu Dutch Lady penting untuk anda setiap hari. Pasti tip-tip ini akan membuatkan anda teringin untuk dapatkan satu pek susu Dutch Lady kegemaran anda hari ini!

10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.

10. Kerana ibu paling mengetahui!
Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manjanya. Sebab itu, ibu pasti akan membekalkan adik 3 gelas susu Dutch Lady setiap hari agar mendapat segala khasiat susu!




Ikutilah cara hidup Dutch Lady yang lebih ceria dan sihat dengan 7 tip srapan pagi yang penuh khasiat.

Isnin
Sajian sarapan penuh menyelerakan dengan emping jagung dan susu berperisa Coklat Dutch Lady atau mil oat dengan susu Penuh Krim Dutch Lady.

Selasa
Mulakan hari dengan segelas susu berperisa Strawberi Dutch Lady dan sandwich yang disapu dengan jem strawberi dan mentega kacang.

Rabu
Bangun dengan segar bersama sekeping dua keju yang dimakan dengan roti bakar dan segelas susu berperisa Coklat Dutch Lady.

Khamis
Hari yang baik untuk menikmati susu berperisa Kopi Dutch Lady yang dimakan bersama sandwic ayam atau telur.

Jumaat
Masanya untuk mencuba biskut mentega kacang yang diminum bersama susu Rendah Lemak Dutch Lady.

Sabtu
Nikmatilah satu pek susu berperisa Coklat Dutch Lady dengan penkek panas yang enak.

Ahad
Sarapan pagi bersama keluarga dengan telur setengah masak atau telur dadar dan nikmatilah susu Dutch Lady kegemaran masing-masing.




Ketahuilah lebih lanjut tentang kebaikan setiap hidangan susu Dutch Lady:
Nutrien Khasiat harian yang diperlukan oleh anak anda* Khasiat yang dibekalkan oleh susu UHT Dutch Lady (setiap pek 250ml)

Protein 7-9 tahun: 32g
10-12 tahun: 45g
13-18 tahun: 55g to 65g
7-9 tahun: 25%
10-12 tahun: 18%
13-18 tahun: 12% to 15%

Kalsium 7-9 tahun: 700mg
10-18 tahun: 1000mg
7-9 tahun: 43%
10-18 tahun: 30%

Zink 7-9 tahun: 5.8mg
10-18 tahun: 7.5mg to 9mg
7-9 tahun: 18%
10-18 tahun: 12% to 14%

Zat Besi 7-9 tahun: 6mg
10-12 tahun: 12mg
13-18 tahun: 22mg
7-9 tahun: 9%
10-12 tahun: 4%
13-18 tahun: 2%

Vitamin A 7-9 tahun: 500mg
10-18 tahun: 600mg
7-9 tahun: 95%
10-18 tahun: 80%

Vitamin B1 7-9 tahun: 0.9mg
10-18 tahun: 1.2mg
7-9 tahun: 6%
10-18 tahun: 4%

Vitamin B2 7-9 tahun: 0.9mg
10-18 tahun: 1.3mg
7-9 tahun: 28%
10-18 tahun: 19%

Vitamin B3 7-9 tahun: 12mg
10-18 tahun:16mg
7-9 tahun: 2%
10-18 tahun: 2%

Vitamin D 7-9 tahun: 5ug
10-18 tahun: 5ug
7-9 tahun: 100%
10-18 tahun: 100%

Vitamin B12 2.4 ug** 20%


* Pengambilan Nutrien Harian Yang Disyorkan di Malaysia pada tahun 2005, tidak termasuk Vitamin B12
** Peruntukan Harian Yang Disyorkan di Amerika Syarikat

Klik di SINI untuk mengetahui tentang Susu UHT Dutch Lady dengan lebih lanjut.