140 TAHUN KEPAKARAN PERLADANGAN BELANDA

Royal FrieslandCampina NV adalah syarikat induk Dutch Lady Malaysia dan ia dimiliki oleh beberapa generasi peladang. Selama lebih 140 tahun, keluarga peladang Belanda kami telah menguasai seni penghasilan susu, hanya menurunkan amalan, prinsip dan pengetahuan yang terbaik sejak turun temurun.

Peladang kami ialah penternak asal lembu Frisian, kini salah satu baka yang paling popular di dunia untuk menghasilkan susu. Malah padang rumput tempat lembu kami berkeliaran dan makan telah ditanam secara berhemah oleh peladang kami selama bertahun-tahun. Kerana di Belanda, kami percaya anda dapat apa yang anda berikan.

Digabungkan dengan teknik moden pengeluaran susu, keluarga peladang Belanda kami telah menghasilkan susu yang penuh dengan kebaikan lengkap sejak turun temurun.

SUSU DARI KELUARGA PELADANG

Keluarga peladang Belanda kami tidak hanya menghasilkan susu yang hebat, mereka juga adalah pemilik perniagaan kami. Menjadi milik koperasi keluarga peladang 100 % membolehkan kami menjamin penjagaan dan dedikasi sepanjang proses pengeluaran susu.

Di Belanda, semua ahli keluarga terlibat untuk menghasilkan susu yang berkualiti. "Keluarga" yang kami maksudkan di sini sudah tentu kami lembu-lembu yang diternak. Setiap lembu kami mempunyai nama-nama tersendiri dan kami melihat mereka membesar, sama seperti anak-anak kami sendiri.

Dengan kombinasi unik kepakaran turun temurun, kerja keras dan teknologi moden, keluarga peladang Belanda kami telah mempunyai semangat yang utuh terhadap tenusu serta membina satu standard kualiti untuk menghasilkan susu yang terbaik sejak turun temurun.

Berkongsi pengetahuan tenusu yang luas dengan peladang di Asia bermakna mereka juga boleh menghasilkan susu berkualiti yang lazat dan berkhasiat.

Lagipun, kami tahu anda hanya ingin berkongsi yang terbaik dengan keluarga anda.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana kami berkongsi kepakaran perladangan Belanda dengan peladang di Asia.