Mengenai Kami

Beberapa generasi di Malaysia telah membesar dengan Dutch Lady. Bertahun kami di Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) telah membekalkan produk nutrisi tenusu yang berkualiti kepada negara.

Kami bermula perniagaan sebagai kilang pengeluar produk susu pekat manis dalam tahun 1960-an di petaling jaya.Setelah lebih 50 tahun kami masih beroperasi di tempat produksi yang sama iaitu di Petaling Jaya, dimana kami sentiasa meningkatkan kualiti dan menghasilkan produk tenusu yang lazat.

Produk kami, yang terdiri daripada susu Dutch Lady UHT Purefarm, Friso Gold dan susu tepung formula untuk kanak – kanak yang mengandungi Dutch Lady Nutriplan dengan 5x DHA telah diedarkan di seluruh semenanjung dan Timur Malaysia.

Dengan 600 orang tenaga kerja, telah membantu Dutch Lady Malaysia mencapai misi utama iaitu membantu Malaysia bergerak maju dengan nutrisi tenusu yang dipercayai.

Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk yang berpengkalan di Belanda dengan nama Royal FrieslandCampina, kami sentiasa membuat pembaharuan untuk mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju syarikat tenusu Negara.