Di Dutch Lady, kami komited dan bersemangat untuk membina keluarga yang kuat

Kami percaya keluarga adalah tunggak utama dalam kasih sayang dan sokongan. Oleh itu kami mahu bersama menyokong detik bersama antara ibu bapa dan anak-anak mereka dari tahun-tahun awal. Malah, banyak ladang kami di Belanda dikendalikan oleh keluarga peladang, di mana seluruh keluarga bekerja bersama-sama setiap hari di ladang. Kami bukan hanya seorang peladang, kami jugaa ibu dan bapa.

Dan tidak kira dari mana kami mendapatkan susu, kami memastikan ia penuh dengan khasiat dan vitamin seperti protein, kalsium dan vitamin D yang membantu membina tulang dan otot yang kuat sehingga seluruh keluarga boleh mempunyai kekuatan dan tenaga untuk melakukan aktiviti bersama-sama.

Tetapi itu bukan sahaja. Kami telah menjalankan satu Kajian Pemakanan Asia Tenggara (SEANUTS) untuk menyelidik dan mengetahui tentang kekurangan nutrien bagi kanak-kanak di rantau ini. Dengan cara ini, kami dapat lebih memahami keperluan pemakanan mereka. Malah, ia merupakan kajian yang terbesar dan paling luas seumpamanya yang pernah dijalankan di Asia Tenggara.

Salah satu penemuan utama kami dari SEANUTS adalah kanak-kanak di Asia Tenggara mengalami masalah kekurangan vitamin D. Walaupun susu kami boleh menyediakan sedikit keperluan harian Vitamin D, pendedahan kepada cahaya matahari akan membantu badan kita mengeluarkan dan menyerap lebih banyak vitamin D. Oleh itu, di Asia, kami membantu kanak-kanak keluar dari rumah dan beriadah melalui kempen "Drink.Move.Be Strong". Seharusnya anak-anak menjadi kanak-kanak dan secara fitrahnya kanak-kanak suka keluar bermain. Pada masa ini, kami sedang bekerjasama dengan NBA dalam program Jr NBA memberi kanak-kanak peluang melibatkan diri dalam program permulaan bola keranjang.

Ikatan kekeluargaan yang kukuh perlu dihargai. Dengan susu berkhasiat dan program kami, kami boleh membantu anda dan keluarga anda menjadi lebih kuat.

Membekalkan nutrisi yang tepat kepada kesemua orang di seluruh dunia merupakan satu cabaran. Susu, secara semulajadi, mengandungi nutrien penting termasuk protein, vitamin B2 dan B12, dan mineral seperti kalsium. Dengan menawarkan produk tenusu yang boleh dipercayai serta lazat, FrieslandCampina menyumbang ke arah menjaga keselamatan makanan dan nutrien. FrieslandCampina juga berusaha untuk menghadkan tekanan pada sumber bahan mentah semula jadi dan alam sekitar.