MAJU BERSAMA KAMI

Dutch Lady Malaysia menyediakan persekitaran kerja yang mempunyai ciri –ciri keadilan, menghormati dan integriti. Kami komited kepada peluang sama rata di semua peringkat perniagaan kami, kedua –dua di peringkat pengambilan dan melalui peluang – peluang untuk pembangunan dan kenaikan pangkat. Dutch Lady Malaysia komited kepada prinsip – prinsip kepelbagaian, dan profil pekerja kami mencerminkan kepelbagaian dalam jantina, etnik, dan umur, dengan pasukan eksekutif yang melebihi 50% terdiri daripada pekerja wanita.

Syarikat telah meletakkan asas budaya dan etos kerja dalam Program Nilai – Nilai yang unik . Dimulakan dengan “Passion for BLUE Values Programme” pada tahun 2010, Program nilai –nilai telah berkembang menjadi program AAA, yang bermaksud Penjajaran, Bebertanggunjawaban dan Tingkatan (Alignment, Accountability, and Action). Dengan ini pekerja digalakkan untuk menyesuaikan tingkah laku mereka dan dengan itu, mencapai keputusan yang lebih baik dengan berkerja dan menang bersama – sama.

Kami menyediakan latihan yang terbaik dan program pembangunan untuk pekerja kami untuk memupuk dan mengembangkan bakat kami. Program bertempat di Dutch Lady Malaysia yang terdiri daripada program seperti Tugasan Jangka Pendek, Pemimpin Masa Depan dan Siri Akademik Potensi Kepimpinan.

Pada bulan Jun 2014, Syarikat telah menerima Anugerah HRD Asia 2014 untuk Sumbangan kepada organisasi. Anugerah ini diberikan kepada organisasi yang telah membina kejayaan mereka di atas sistem yang inovatif, proses – proses dan amalan yang bertujuan untuk pembangunan pekerja secara keseluruhan.

TESTIMONI PEKERJA

BRYAN GAN (PENGURUS OPERASI KEBANGSAAN,JUALAN)

"Dutch Lady Malaysia adalah majikan pertama saya sejak bergraduasi enam tahun lalu. Sepanjang berkhidmat di sini, saya amat gembira dan menerima semua cabaran dengan positif. Terima kasih kerana berpeluang untuk merasai pengalaman ini."

Apa yang Bryan paling gemari : "Dutch Lady Malaysia memberikan saya platform untuk maju dan belajar di luar skop tugas saya. Saya didedahkan kepada fungsi – fungsi lain sejak saya menyertainya."

FARIDAH AMBAK (PENGURUS R&D)

"Saya telah berkerja di Dutch Lady Malaysia selama 12 tahun, sejak April 2003. Dutch Lady Malaysia telah membantu saya maju dalam karier dengan memberi peluang untuk saya memimpin beberapa jabatan (Jaminan kualiti, peningkatan berterusan dan R &D). Saya berbangga menjadi salah sorang perintis misi dan visi Dutch Lady Malaysia adalah membantu masyarakat terus maju kehadapan dengan nutrisi tenusu yang terbaik."

Apa yang Faridah paling gemari : "Dutch Lady Malaysia menjaga pekerja dengan baik dari segi pampasan dan manfaat. Ia meningkatkan motivasi saya untuk terus berkerja keras."

SUTHA D/O MARIMUTHU (PEMAJU PRODUK)

"Setelah bekerja di Dutch Lady Malaysia selama empat tahun, saya berasa bangga dan gembira kerana berpeluang menimba ilmu serta menimba pengalaman."

Apa yang paling Sutha gemari : "Dengan adanya 'sensory tests' (ujian rasa), kami berpeluang merasa resipi baharu yang dicipta. Saya juga suka persekitaran yang bersih dan sistem pejabat yang terbuka".

Woon Siong Ker (Pengurus QSHE)

"Setelah 38 tahun dalam Syarikat, saya menyaksikan Dutch Lady Malaysia berkembang dari sebuah syarikat satu produk kepada syarikat pelbagai produk. Saya amat berbangga melihat produk yang telah dihasilkan sejak puluhan tahun yang lalu masih di rak jualan. Saya amat bernasib baik kerana saya dapat berkembang dengan Syarikat dan menjadi sebahagian daripada semua evolusi produk yang menarik. Jika anda adalah dinamik, proaktif dan mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan pesat, maka Dutch Lady adalah untuk anda dan Syarikat memerlukan pekerja seperti anda!"

Apa yang Woon gemari : "Dutch Lady menjaga kakitangannya dengan baik dan sentiasa mengambil langkah untuk memastikan pembangunan mereka. Oleh itu, amat mudah untuk saya menumpukan diri dan setia kepada syarikat yang baik ini."

Nur Alia Maisarah Ong Abdullah (Penyambut tetamu)

"Saya sangat bertuah kerana menjadi sebahagian daripada keluarga Dutch Lady Malaysia. Pada mulanya, saya agak ragu tentang bagaimana orang akan melayan dan melihat saya [kerana masalah penglihatan saya]. Tetapi di Dutch Lady Malaysia, kami berkerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga."

Apa yang Alia gemari : "Dutch Lady Malaysia mengamalkan peluang yang sama. Ia adalah sebuah syarikat yang serius dalam menyokong inisiatif Kerajaan dalam mengambil kakitangan Orang Kurang Upaya."

Geraldine Lee (Pengurus nutrisi Kebangsaan)

"Perjalanan saya di Dutch Lady Malaysia sejak tujuh tahun lalu membawa pelbagai perubahan dan cabaran dalam hidup. Hasilnya, kami tersenarai sebagai peneraju pasaran dan menerima pelbagai anugerah untuk jenama dan syarikat."

Apa yang Geraldine gemari : "Dutch Lady Malaysia adalah syarikat yang sangat pelbagai yang menumpukan banyak perhatian dalam pembangunan pekerja dan menyediakan peluang untuk pelbagai peringkat pekerja. Oleh itu, ini pastilah tempat yang betul untuk graduan muda yang dahagakan ilmu dan mempunyai sikap ingin menang."

Radhakrishnan A/L K.P. Bhaskaran (Pembantu tadbir , Kejuruteraan)

Radha telah bersara dari Dutch Lady Malaysia. Kami mengucapkan terima kasih di atas perkhidmatan beliau.

Apa yang Radha gemari : "Pekerja DLMI adalah satu keluarga besar, dengan nilai –nilai yang kukuh yang telah membawa kami ke arah yang betul dalam industri."