Warisan Belanda

Nama kami mencerminkan sejarah kami yang kaya. Friesland adalah sebuah kawasan di utara Belanda yang terkenal dengan padang rumputnya yang hijau, tasik yang indah, langit biru dan lembu tenusu Frisian. Manakala Campina merupakan kawasan padang rumput di Belanda, yang dinamakan oleh orang-orang Rom lebih daripada 20 abad yang lalu. Padang rumput yang segar dan terbentang luas ini telah membolehkan keluarga-keluarga peladang menjadikan wilayah ini sebagai salah satu daripada pengeluar tenusu terbaik di dunia.

Sejarah kami bermula sejak tahun 1871, apabila peladang memutuskan untuk bekerjasama dan mewujudkan masyarakat yang komited untuk pertanian yang berterusan untuk menghasilkan produk tenusu yang berkualiti dan lebih baik.

Dari tahun ke tahun kami berkembang lebih kukuh dan hari ini kami mempunyai lebih daripada 19,000 ahli peladang di Belanda, Jerman dan Belgium, yang kebanyakannya telah bersama kami sejak zaman datuk nenek atau moyang mereka.

Kami namakan komuniti ini FrieslandCampina dan hari ini ia adalah salah satu koperasi tenusu terbesar di dunia. Ini bermakna bahawa kami diselia dan dimiliki oleh peladang. Bukankah wajar orang yang paling tahu mengenai susu menjadi orang yang bertanggungjawab menghasilkannya?