Search

Pematuhan dan Garis Panduan

Dutch Lady Milk Industries Berhad menghormati dan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang yang telah ditetapkan

Kami

Mematuhi syarat undang- undang di semua bidang kuasa di mana organisasi beroperasi, walaupun undang-undang dan peraturan tersebut tidak dikuatkuasakan secukupnya.

Memastikan hubungan dan aktiviti kami mematuhi kerangka hukum yang diinginkan dan dikenakan.

Memaklumkan kepada pekerja mengenai undang-undang dan peraturan terkini dan cara- cara yang boleh mereka patuhi.

Meninjau secara berkala kepatuhan terhadap undang- undang dan peraturan yang berkenaan, termasuk yang diuraikan dalam Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan 1985, serta dalam sistem pengurusan yang meliputi bidang kualiti, keselamatan dan praktik Halal.

Menegakkan dan menjaga kualiti produk kami dengan memastikan produk makanan disiapkan dan dikendalikan dengan standard yang sesuai dengan menggunakan bahan berkualiti.

Mengikuti perkembangan kewajiban undang-undang dalam rangkaian peraturan dan kami terlibat dengan persatuan industri dan keahlian lain.

POLISI HALAL

Kami mengenalpasti bahawa memelihara kepercayaan dan keyakinan pihak berkepentingan kami adalah amat penting. Salah satu cara kami berazam untuk mengekalkan kepercayaan ini adalah berusaha menurut prinsip- prinsip dan standard yang dinyatakan dalam Dasar Halal Kami:

Dutch Lady Milk Industries Berhad dan semua kakitangannya komited untuk menyediakan produk halal kepada pengguna dengan mematuhi keperluan halal yang menetapkan standard yang tinggi untuk kebersihan, kualiti, keselamatan dan sanitasi.

Dutch Lady Milk Industries Berhad mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman yang bertanggungjawab untuk semua perkara yang berkaitan dengan Halal.

Kami komited untuk mengilang, mengimport, dan mengedar produk yang mematuhi kehendak JAKIM atau lain – lain badan pensijilan Islam yang diiktiraf.

Amalan Pengilangan yang Baik

Amalan Kebersihan yang Baik

Mematuhi
Keperluan
Halal Untuk Makanan
Di Dalam
Premis
Syarikat

Etika dalam pemasaran produk bayi

Sebagai organisasi yang bertanggung jawab, Dutch Lady Milk Industries Berhad bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk meningkatkan kredibiliti industri bagi menyokong pemakanan bayi dan kanak- kanak di negara ini. Kami menyokong semua inisiatif yang menggalakkan dan mendidik orang ramai mengenai faedah penyusuan susu ibu.

Kami percaya susu ibu adalah yang terbaik dan paling semula jadi untuk memastikankesihatan dan perkembangan bayi secara normal semasa enam bulan pertama seperti saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Susu ibu diiktiraf sebagai piawaian untuk pemakanan bayi dan manfaat kesihatan jangka pendek dan jangka panjang diketahui.

Di Malaysia, Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan adalah selaras dengan saranan WHO dan UNICEF. Kod Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan (Kod Malaysia), ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang menggariskan prosedur etika pemasaran yang berkaitan dengan produk bayi.

Yang paling penting, kami komited kepada pematuhan Tata Etika Malaysia dalam Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan. Sebagai sebahagian daripada sokongan itu, kami telah menetapkan dasar korporat dan garis panduan untuk pemasaran makanan bayi yang dipanggil “Do’s & Don’t’s” yang mematuhi WHO dan kod Kebangsaan, lengkap dengan sistem pemantauan yang betul dan langkah-langkah balas yang sesuai diambil untuk memastikan pematuhan.