Pankek Gebu untuk Sarapan
Bahan-bahan
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji telur
- 1 cawan susu +Protein Dutch Lady
- 1 cawan tepung serba guna
- 1 sudu besar minyak sayur
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu besar serbuk penaik
- 2 sudu besar mentega tanpa garam
Langkah
- 1Campurkan tepung, garam, gula dan serbuk penaik ke dalam mangkuk kecil.
- 2Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur, mentega dan susu Dutch Lady.
- 3Campurkan kedua-dua bahan dari kedua-dua mangkuk, kacau hingga sebati.
- 4Tuang sedikit minyak ke dalam kuali dengan api sederhana.
- 5Masukkan 2-3 sudu adunan ke dalam kuali untuk membuat sekeping pankek.
- 6Masak sehingga permukaan pankek naik gebu, kemudian terbalikkan dan masak hingga kedua-dua belah berwarna keperangan.
- 7Ulang sehingga adunan habis.
- 8Hidangkan dengan sirap mapel, mentega, jem atau apa-apa topping yang anda suka.
- 9Selamat menjamu selera!