Puding Biji Chia bersama Pisang & Strawberi (Saiz hidangan: 4 orang)
Bahan-bahan
- 1 biji pisang, dilenyek
- ½ cawan greek yogurt (140g)
- 1 cawan susu rendah lemak kalsium tinggi Dutch Lady (240ml)
- 1 sudu kecil ekstrak vanila
- ¼ cawan biji chia (40g)
- 1 cawan buat strawberi (150g), dipotong dadu
Langkah
- 1Lenyekkan buah pisang di dalam mangkuk bersaiz sederhana.
- 2Campurkan buah pisang yang telah dilenyekkan tadi bersama greek yogurt dan kacau sekata.
- 3Tuangkan susu, ekstrak vanila, biji chia bersama buah strawberi yang dihiris dan kacau sehingga sebati.
- 4Tuangkan campuran adunan ke dalam bekas kedap udara dan sejukkan selama 4 jam.
- 5Hidangkan sebagai pencuci mulut dan hiaskan dengan hirisan buah pisang dan strawberi.
- 6Selamat menjamu selera!