Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Puding Susu Lazat Dan Berkhasiat (Saiz hidangan: 2 orang)

Bahan-bahan:

  • 250ml susu Dutch Lady pilihan anda
  • 25ml krim putar
  • 1/2 cawan puri strawberi
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk gelatin tanpa rasa
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

Cara-caranya:

  • 1Masukkan susu, krim, ekstrak vanilla, puri strawberi ke dalam periuk besar dan gaul sehingga sebati. Kemudian, kacau gelatin sehingga larut.
  • 2Panaskan campuran puding di atas api kecil dan kacau gula dan gelatin sehingga larut dengan sepenuhnya, pastikan campuran tidak terlalu reneh atau mendidih. Proses ini hanya mengambil masa 1-2 minit. Setelah larut, matikan api.
  • 3Tuang campuran puding ke dalam mangkuk bersaiz sederhana atau balang pilihan anda - Saiz hidangan sekurang-kurangkan 4 orang.
  • 4Letakkan puding di dalam bekas dan di dalam peti sejuk. Hidangkan sementara sejuk dan hiaskan dengan buah kegemaran anda.
  • 5Selamat menjamu selera!