Search

Resipi

Susu semestinya lazat dan bernutrisi, tetapi selain menjadikannya gabungan klasik bersama bijirin, susu sebenarnya adalah ramuan serba guna yang boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Cubalah resipi lazat ini untuk merasai kebaikan susu Dutch Lady dalam pemakanan seharian anda untuk meningkatkan protein dan kalsium.

Telur Hancur Berkhasiat Yang Mudah (Saiz hidangan: 2 orang)

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur bersaiz besar
  • 1/4 cawan Susu Penuh Krim Dutch Lady
  • Garam dan serbuk lada hitam, secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar mentega

Cara-caranya:

  • 1Pukul telur bersama susu, garam dan lada.
  • 2Cairkan mentega di dalam kuali besar di atas api sederhana.
  • 3Masukkan telur dan kacau sekali-sekala sehingga masak, jangan terlalu hancur. Teruskan memasak sehingga mendapatkan konsistensi yang anda inginkan atau tiada lagi cair telur yang kelihatan.
  • 4Selamat menjamu selera!