Dutch Lady Milk Industries Berhad menyedari bahawa susu adalah sumber nutrien penting dalam perkembangan kesihatan fizikal dan intelektual kita. Oleh yang demikian, kami menjadikannya sebagai misi kami untuk menyebarkan kebaikan susu dan memperjuangkan segala yang berkaitan dengan nutrisi. Kami terus memainkan peranan aktif dalam menyokong inisiatif perkongsian pintar dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan melalui penajaan dan sumbangan produk tenusu kami bagi membantu kami untuk terus mengkhasiatkan masyarakat untuk memastikan kesejahteraan, kesihatan yang baik dan status pemakanan keluarga dan kanak-kanak di Malaysia dalam keadaan yang baik.
Berdasarkan laporan dari Kaji Selidik Nutrisi Asia Tenggara (SEANUTS), kanak-kanak di Malaysia hanya minum setengah hidangan susu sehari. Ini bermaksud hanya 5% kanak- kanak yang benar-benar memenuhi 2 hidangan susu yang disyorkan sehari mengukuhkan lagi alasan untuk DLMI memberikan khasiat kepada masyarakat.
Mengkhasiatkan anak-anak miskin bandar di Projek Perumahan Awam (PPR)
Berdasarkan penemuan kajian UNICEF Malaysia mengenai Kemiskinan dan Kekurangan Zat Makanan Kanak-Kanak di Bandar pada tahun 2018, DLMI menyedari bahawa terdapatnya masyarakat miskin yang tidak dapat memenuhi keperluan pemakanan mereka. Kami juga menyedari bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, terutama pada waktu mereka sedang membesar. Untuk membantu mengurangkan jurang pemakanan yang ada di Malaysia, DLMI membuat keputusan untuk secara aktif mengatasi masalah miskin bandar dengan menyediakan susu berkhasiat kepada kanak- kanak sekolah rendah pada tahun 2018.
Pelancaran Program Cakna Susu di kawasan Lembah Pantai
Dua puluh keluarga dari flat PPR Kampung Limau dikenal pasti oleh Y.B. Fahmi untuk menerima 1 karton Pek Rakyat DLMI setiap bulan selama 6 bulan untuk memastikan anak-anak keluarga tersebut mendapat akses kepada nutrisi tenusu.
Acara seperti “Program Cakna Susu” menyediakan platform yang ideal untuk DLMI dengan meneruskan misi kami untuk menyihatkan rakyat Malaysia dan dalam membantu Kerajaan menangani masalah kekurangan dan terlebih nutrisi di Malaysia.
Hari Susu Sekolah Sedunia
Pada tahun 2019, kami memperingati Hari Susu Sekolah Sedunia DLMI dengan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kempen Makanan Sihat selama sebulan. Lebih 3,000 kanak- kanak sekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur mendapat manfaat daripada kempen ini. Y.B. Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia hadir untuk merasmikan majlis tersebut.
Kempen ini menekankan keperluan memupuk tabiat pemakanan yang sihat pada peringkat awal kanak-kanak. Untuk mendorong rakyat Malaysia menjalani gaya hidup sihat, kempen ini juga membantu meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya mendidik guru dan pelajar mengenai nutrisi makanan.
Xchange Talk: Simposium Isu Nutrisi Semasa dan Program Intervensi Untuk Kanak-kanak Sekolah di Malaysia
DLMI bekerjasama dengan Persatuan Pemakanan Malaysia menganjurkan simposium yang memfokuskan pada “Isu Pemakanan Semasa & Program Intervensi Untuk Kanak-kanak Sekolah di Malaysia”.
Lebih daripada 100 wakil dari pelbagai agensi kerajaan, badan profesional, ahli akademik dan pakar pemakanan telah mengambil bahagian untuk bertukar idea dan pandangan untuk menangani masalah pemakanan anak-anak sekolah di Malaysia. Simposium ini menyediakan platform yang sesuai untuk para peserta untuk berkongsi pengetahuan pemakanan yang komprehensif dan membuktikan pentingnya penggunaan tenusu dalam mencapai diet berkhasiat seimbang. Acara ini terus memberi ruang bagi Kerajaan, badan profesional, ahli akademik dan DLMI untuk menangani cabaran pemakanan di Malaysia untuk kebaikan generasi masa depan. DLMI akan terus berusah menyokong peranan penting susu sebagai salah satu penyelesaian masalah pemakanan di kalangan kanak- kanak.